Latihan
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) pekat - Kuah kari yang dimasak oleh mak cik itu kelihatan sungguh pekat. (ii) pikat - Rieza tidak berputus asa untuk pikat Zainun. (ii) siram - Ibu sentiasa siram pokok pada waktu petang. (iii) suram - Selepas kematian kucing kesayangannya, suasana di rumah Aiman menjadi semakin suram. (iv) indah - Pemandangan di atas Gunung Kinabalu kelihatan sungguh indah dan tenang. (v) endah - Adik tidak endah langsung tentang larangan ibu. (b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. (i) Saya menziarahi nenek pada hujung minggu. Ayat pasif : Nenek diziarahi oleh saya pada hujung minggu. (ii) Menteri Pendidikan telah merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang yang bertempat di Dewan Jubli Intan. Ayat...