PALS 1012 - TUGASAN 2 PENULISAN

Teknologi Hijau Untuk Mengurangkan Masalah/Isu Global Alam Sekitar Menurut laman web Worldometer , jumlah populasi masyarakat global kini semakin meningkat secara mendadak selaras dengan peningkatan taraf hidup, fasiliti kesihatan, keperluan harian dan prasarana kehidupan yang selesa. (Worldometer, n.d.) Negara yang membangun perlu mengutamakan persediaan tenaga kerja dalam pelbagai bidang antaranya bidang pendidikan, industri dan perubatan. Oleh yang demikian, taraf permintaan terhadap sumber semula jadi dan keperluan seseorang turut bertambah berurutan dengan jumlah populasi manusia yang semakin tinggi. Pengurusan alam semula jadi yang terancang akan turut menyumbang dalam mengelakkan pencemaran alam sekitar dan ekosistem bio yang tidak seimbang. Beberapa faktor yang menyumbang kepada kualiti hidup manusia dan alam sekitar terjejas adalah seperti penebangan hutan secara haram, pembakaran secara terbuka, sisa-sisa pepejal dan sisa air yang dibuang ke dalam sungai, p...