Surat Rasmi
FARAH
NABIHAH BINTI MOHD SHAH,
KAMPUNG
PANDAN JAYA,
13500
PERMATANG JAUH,
PULAU
RUSA.
PENGARAH,
SEKOLAH
PENGAJIAN SISWAZAH,
KOLEJ
KERIS PERMATA,
43400
SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
27 JUN 2018
Tuan,
PENAMBAH
BAIKAN PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN DI KOLEJ
Berdasarkan
maklumat di atas, saya, Farah Nabihah Binti Mohd Shah, nombor kad pengenalan
121212-09-8795, no matrik MQ65600,
pelajar tahun dua dan wakil pelajar asas 2, pelajar fakulti perubatan,
ingin memberikan beberapa cadangan kepada pihak kolej untuk menambah baik
perkhidmatan pihak kolej.
2.
Untuk maklumat tuan, Wi-Fi di blok-blok asrama pelajar selalu putus dan
mengambil masa yang lama untuk dipulihi. Oleh itu, pelajar-pelajar menghadapi
masalah untuk melayari internet untuk mencari maklumat dan membuat kerja-kerja
yang diberikan. Ini menyebabkan pelajar tidak dapat menyiapkan dan menghantar kerja
tepat pada masanya.
3.
Seterusnya, kes-kes pencerobohan monyet ke dalam asrama sering berlaku di
blok-blok asrama lebih-lebih lagi di Blok A & B. Pencerobohan monyet telah
mengotorkan bilik dan banyak barang yang telah dicuri terutamanya makanan. Ini
merupakan satu bencana yang agak serius kepada kami.
4.
Di samping itu, penambahan bilangan komputer di makmal komputer boleh
dilakukan. Ini disebabkan pensyarah-pensyarah sering menggunakan makmal
komputer untuk kelas, Kekurangan komputer telah menyebabkan pelajar perlu
berkongsi satu komputer dan menyukarkan proses pembelajaran.
5.
Kesimpulannya, saya berharap pihak universiti akan mempertimbangkan cadangan
saya dan melakukan tindakan yang sepatutnya.
Sekian.
Yang
Benar,
FARAH NABIHAH
(FARAH NABIHAH BINTI MOHD SHAH)
(Wakil
Pelajar Asas 2 )
Comments
Post a Comment